-
Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan indeks?
Cara yang paling popular untuk bermula dalam perdagangan indeks adalah menerusi CFD. Instrumen kewangan ini membolehkan para pedagang meraih keuntungan dari perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan aset pendasar – dalam kes ini, aset pendasarnya adalah indeks. Anda boleh memperdagangkan indeks dalam kedua-dua arah, sama seperti senario apabila anda memperdagangkan pasangan matawang. Anda mampu meraih keuntungan dari kenaikan dan penurunan harga.
Sebagai contoh, jika anda fikir indeks akan naik, buka posisi long (beli). Tetapi jika anda fikir indeks akan jatuh, buka posisi short (jual).
Untuk berdagang indeks saham dengan berkesan, pertama anda perlu memahami apa yang mempengaruhi harganya. Secara umumnya iaa didorong oleh berita (cth. laporan perolehan), masalah politik, dan keadaan ekonomi global. Anda juga boleh menggunakan analisis teknikal.
Ketahui lebih lanjut tentang cara berdagang indeks menerusi video yang disediakan oleh pakar-pakar pasaran FBS.
-
Pada pukul berapakah saya boleh dagangkan indeks?
Anda boleh dagangkan indeks pada masa aktif pasaran bagi indeks yang dipilih. Untuk indeks-indeks AS, waktu perdagangan bermula dari 15:00 hingga 00:00 masa MT. Lihat senarai penuh waktu pasaran untuk perdagangan indeks.
-
Bolehkah indeks didagangkan pada hujung minggu?
Tidak, pasaran tidak dibuka untuk perdagangan pada hari Sabtu dan Ahad. Anda boleh dagangkan indeks semasa waktu pasaran bagi indeks yang menjadi pilihan. Semak waktu perdagangan dan rancang tindakan anda awal-awal lagi.
Perdagangan Indeks
Penyebaran biasa
Swap Long
Swap Short
Komisen, %
Level Stop
Jenis akaun: Standard, Kumpulan: Indeks
- Penyebaran biasa
- Swap Long
- Swap Short
- Komisen, %
- Level Stop
FBS menyediakan pelarasan dividen untuk indeks untuk membantu anda minimumkan risiko dalam tempoh tanpa dividen (ex-dividend). Untuk maklumat lanjut tentang ex-dividend, lawati Pusat Bantuan kami.